[Utama][Aktiviti][Direktori][UKJ/SPP][Soal Jawab Agama][Tazkirah][PASTI & SRIDU][Pusat Pengajian]

Sunday 26 July 2009

USRAH DPPB Bersama Pemuda Cawangan Tanjong Pari

Lajnah Tarbiyah & Dakwah meneruskan siri usrah kali ini ke cawangan Tanjong Pari. Kehadiran ahli usrah kali ini sangat memberansangkan iaitu seramai 30 0rang. Usrah yang bermula jam 730 petang ini dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, bacaan al-quran yang dipimpin oleh Ust Anuar, pengisian usrah dipimpin oleh Ust Roshidi manakala naqib usrah ialah Ust Nazri. Turut hadir di dalam usrah ini ialah AJK DPPB iaitu Sdr Arman Yusof. Selesai pengisian usrah, majlis diteruskan dengan solat Isyak secara berjemaah dan sedikit jamuan yang disediakan oleh pihak pemuda & cawangan Tanjong Pari.

Semoga dengan berjalannya usrah diperingkat cawangan ini, ianya boleh merintis jalan perjuangan dengan lebih sempurna dengan ikatan ukhuwah yang tulen & ikhlas.

Tuesday 30 June 2009

MAJLIS PERLANTIKAN WATIKAH KEPIMPINAN AJK

SUKAN AJK DPPB

Permainan Badminton ini diadakan atas inisiatif Lajnah Sukan, Rekreasi, Kesenian & Kebudayaan dengan kerjasama Timbalan Ketua Pemuda. Penganjuran ini bagi tujuan meningkatkan tahap kesihatan & merapatkan ukhuwah di kalangan AJK.

Sunday 28 June 2009

HIWAR DPPB 2009

HIWAR DPPB diadakan pada 12 hingga 13 Jun di Keda Resort, Bendang Man, Baling Kedah.